Kepentingan Dan Keburukkan Internet Dan Kdb

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan perkongsian mengenai kepentingan dan keburukan internet dan KDB kepada 5 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikup SOP yang telah ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan keburukkan internet dalam kehidupan seharian.

Kepentingan internet memudahkan kehidupan seharian dalam pelbagai aspek seperti, komunikasi, perniagaan online, perbankan online, pendidikan, berita isu semasa dan banyak lagi. Disamping itu, keburukkan internet juga memberi impak yang sangat tidak baik kepada masyarakat seperti penularan berita palsu, penipuan jual beli online, perjudian secara online, video lucah dan banyak lagi. Selain itu, peserta telah dipertontonkan dengan video KDB yang memberi maklumat mengenai buli siber, sexting, cybergrooming, overshare, keselamatan dalam komputer dan maklumat palsu. Oleh itu, peserta dapat menjadi pengguna internet yang lebih bijak pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali